Sunday, January 1, 2012

Tahun baru ??


apa yang nak kecoh sangat
pasal tahun baru ?? ckup la setakat kita semai dalam hati kita azam baru

tahun baru merupakan satu platform yang bagus untuk kita bagi memulakan satu langkah baru dalam hidup kita. x guna nak sambut meriah-meriah jika x membawa sebarang maksud kepada kita. apa maksud sambutan tahun baru kepada kita ?? hanya untuk berseronok ?? . berseronok boleh bila-bila kita lakukan. tiada apa-apa yang istimewa dalam sambutan tahun baru. cuma tahun bertukar ke tahun yang lain. dari 2011->2012, cuma itu. tapi apa yang menjadi ianya istimewa hanya apabila kita mengisinya dengan sesuatu yang bermakna untuk kita. sematkan dalam hati apa yang kita akan lakukan selepas ini ,tanya hati adakah ianya sesuatu yang memberi manfaat kepada kita. x payah la nak heboh bagitau semua orang tentang apa yang kita azam. saja nak minta puji la tu. x perlu la nak buat suma tu, cukup setakat kita sendiri saja yang tahu mengenainya.

ni ada yang saya tengok macam orang gila bila nak sambut tahun baru. hahaha. tu kali azam orang tu untuk tahun baru ,nak jadi orang gila.. hahhaa. apa la nak jadi dengan anak muda sekarang ni. berhentilah nak kejar keseronokan sahaja. buat la sesuatu benda yang berfaedah sikit. kalau nak setakat berseronok masa sambut tahun baru x guna. cuba la baca doa selamat semasa tahun baru, minta pada allah s.w.t semoga tahun yang akan datang akan memberi kita satu sinar yang baru dalam hidup kita. duduk bersama-sama keluarga masa malam tahun baru, baca doa selamat ,biarpun singkat sudah mamadai. rahmat dari allah s.w.t kita peroleh dan dapat merapatkan ikatan kekeluargaan. keluarga peru kita utamakan. keluarga sampai ke dunia akhirat akan bersama kita. nak utamakan kawan-kawan, pergi berseronok ,sampai mana la seronok kita tu ?? sampai setakat tu sahaja. xkan ke mana-mana pun.

kita perlu ingat, sesuatu itu akan menjadi istimewa jika diisi dengan benda yang memberi manfaat kepada kita. betul atau tidak ??? naaa kau pikir laa ....